Friday, September 14, 2018

10 makanan termahal dunia yang anda kena tahu


a table with a knife and fork: 10 makanan termahal dunia yang anda kena tahu



Pernahkah anda terfikir mengapa makanan tertentu mahal dan makanan lain, yang biasanya dibeli di gerai dan kedai makanan lebih murah?
Lazimnya harga sesuatu makanan tertakluk nilai makanan itu, misalnya dari mana ia diperolehi, bagaimana ia diproses atau dimasak dan tahap penyediaannya.
Kalau kita mampu, ia pasti akan berada di atas meja hidangan, dan sebaliknya jika tidak. Semuanya berbalik kepada kuasa beli.
Segelas air kosong boleh berharga RM20 di kafe hotel terkemuka atau kafe di lapangan terbang manakala 20 sen di restoran biasa. Dalam hal ini lokasi penyediaan juga memainkan peranan.
FMT Ohsem menyenaraikan 10 makanan yang hanya boleh dibeli pada harga mewah, yakni menjadi makanan yang tinggi nilainya dan tidak mudah diperolehi.
 

a bowl of food on a plate 

 
 1. Sup sarang burung
 
Semangkuk sup sarang burung dijual pada sekitar harga RM300. Sarang burung walet yang diperbuat daripada air liur – kelenjar eksokrin pada mamalia yang menghasilkan air liur. Sarang tersebut dikatakan mempunyai khasiat yang pelbagai khususnya untuk kecantikan kulit. Juga didapati secara segar atau dalam paket segera. Minuman yang sangat popular dalam kalangan orang Cina di seluruh dunia.

 
 
 
 
 2.Tembikai Densuke
 
Buah tembikai yang kaya dengan kandungan air memang sesuai untuk dinikmati pada musim panas. Kita semua pasti pernah menikmatinya dan ia mudah diperolehi di Malaysia. Namun tahukah anda mengenai kewujudan tembikai hitam atau Densuke yang popular dan hanya boleh didapati di Jepun? Walaupun kelihatan seperti buah tembikai lain, ia bukan tembikai biasa kerana harga boleh mengalahkan mana-mana tembikai.
Buah ini dijual pada harga sekitar RM850 sepotong dalam lelongan. Pada suatu ketika, buah ini pernah mencapai harga RM24,000. Buah Densuke ini hanya tumbuh di Hokaido dan hanya 10,000 buah dituai setiap tahun. Tidak hairanlah buah tembikai ini mempunyai harga yang tinggi.
 

a glass of wine 
 
 
 3. Ais krim emas sundae
 
Sundae atau ais krim bersama sos sirap sering dihidangkan sebagai pencuci mulut. Harga ais krim sundae ini pula umumnya mampu dibeli, lebih-lebih pun ais krim dari jenama tertentu. Bagaimanapun ia tidaklah semahal ais krim yang dijual di Serendipity 3, sebuah restoran di New York, Amerika Syarikat.
Di restoran itu, Golden Opulence Sundae berharga sekitar RM4,000 sekali gus memecahkan rekod Guiness Dunia sebagai sundae termahal di dunia.
Ais krim sundae itu dihidang dengan daun yang diperbuat dari emas dan kaviar manis disajikan dalam cawan kristal. Bukan itu sahaja, pengguna juga menikmati ais krim tersebut menggunakan sudu 18 karat emas.

© Provided by FMT MEDIA SDN BHD4. La Madeline au Truffle
La Madeline au Truffle adalah coklat paling mahal di dunia. Satu auns coklat berharga RM1,035. Ia dihasilkan oleh seorang tukang masak dan pakar coklat dari Denmarrk, Fritz Knipschildt.
Harga coklat ini sangat tinggi kerana Fritz menghasilkan truffle ini menggunakan cendawan jenis Pergold Frech yang jarang sekali dihidang. Ia dibuat dengan tangan dan dimasukkan ke dalam kotak dengan gula-gula berbentuk mutiara.
a close up of food
 5. Alba Truffle Putih
 
Alba Truffle Putih sejenis kulat yang hanya didapati di bukit San Miniato, Tuscany, utara Itali. Ia dijual pada harga RM1.3 juta untuk 1.5 kilogram cendawan tersebut.

a bowl of fruit 
 
 6. Kopi luwak

–– ADVERTISEMENT ––
Kopi menjadi minuman gaya hidup bagi kebanyakan orang. Namun, bukan semua kopi itu mampu dibeli, malahan terdapat pelbagai pilihan kopi di dunia yang disediakan pada nilai harga tinggi, salah satu daripadanya ialah kopi luwak. Menariknya ,mengenai kopi ini, ia diperbuat daripada biji kopi yang dimakan oleh haiwan. Secawan kopi ini berharga RM140 hingga RM310. Dalam bentuk serbuk kopi pula, kopi luwak ini dijual dengan harga RM500 hingga RM2,500 sekilogram.

a close up of food 
 
7. Cendawan Matsutake
 
Jika Itali mempunyai truffle, maka Jepun mempunyai cendawan Matsusake. Di Jepun, cendawan ini tergolong sebagai bahan makanan untuk golongan elit. Pada awal musim, pengumpul cendawan menjualnya pada harga sekitar RM4,100 sekilogram.
Cendawan Matsutake mempunyai aromanya yang tersendiri dan kuat. Ia lazimnya dimasak menggunakan bahan perasa tambahan, nasi bersama matsutake dan campuran dobinmushi atau dalam sup.

a group of oranges on a table 
 
 8. Tembikai Yubari
 
Jepun sekali lagi menyumbang kepada senarai makanan paling mahal di dunia. Selepas tembikai dan cendawan, Jepun juga mempunyai satu lagi jenis tembikai yang paling mahal bernama Yubari. Seperti namanya, buah ini hanya tumbuh di Yubari, Hokkaido, bersebelahan dengan Sapporo. Tembikai Yubari ini mempunyai kulit luar yang lembut dan tumbuh secara sempurna. Kebanyakan warga Jepun membeli Yubari sebagai hadiah ketika festival roh atau dikenali Chugen.
Harga tembikai Yubari adalah sekitar RM1,035 bagi sebiji secara puratanya. Bagaimanapun, harga ini masih berpatutan kerana sebelum ini buah tembikai Yubari pernah mencatat harga jualan hampir sejuta ringgit dalam lelongan.
a plate of food
 
9. Samundari Khazana
 
Beberapa tahun lalu, satu hidangan makanan berasaskan makanan laut dinamakan sebagai kari paling mahal di dunia. Masakan itu diberi nama ‘Samundari Khazana’ yang bermaksud ‘khazanah makanan laut’.
Hidangan ini dibuat menggunakan sumber udang kala, kaviar, siput laut dan emas yang boleh dimakan. Bahan-bahan ini dicampur dengan rempah kari dan dimasak. Apa yang membuatnya mahal adalah penggunaan bahan-bahan campuran yang terpilih dan terbaik. Hidangan kari tersebut berharga RM11,000.

 
 10. Almas Caviar
 
Telur caviar atau ikan emas adalah makanan elit yang juga tersenarai dalam makanan berharga. Bagaimanapun, kaviar ini berasal dari ikan beluga Iran dan harganya mencecah RM145,000. Harga ini agak munasabah memandangkan fenomena ikan albino jarang berlaku, iaitu sekitar 60 hingga 100 tahun sekali untuk mendapatkannya.
 
Source:  https://www.msn.com/en-my/news/national/10-makanan-termahal-dunia-yang-anda-kena-tahu/ar-BBNguTk?ocid=spartandhp

No comments:

Post a Comment