Nabi Sulaiman adalah seorang Nabi yang dianugerahkan oleh Allah
kekayaan melimpah ruah. Selain kayanya Nabi Sulaiman, baginda juga
dikenali sebagai sebagai Raja segala makhluk.
Kerajaan Nabi Sulaiman sangatlah besar. Istananya pun megah, berlapis
emas dan permata. Selain diberikan anugerah kekayaan, Nabi Sulaiman
juga diberi mukjizat iaitu baginda dapat faham bahasa haiwan dan dapat
berbicara pada jin, serta dapat menundukan keduanya.
Semua yang dimiliki oleh Nabi Sulaiman semasa hidupnya tentu tak
lepas dari kuasa Allah SWT. Doa-doa yang dipanjatkan Nabi Sulaiman telah
dikabulkan oleh Allah sehingga beliau dapat memiliki semua yang
diingininya.
Pada masa sekarang banyak orang yang ingin kembali mengamalkan
doa-doa nabi Sulaiman tersebut dengan pelbagai tujuan, misalnya untuk
mengharap rezeki dan kekayaan, menyembuhkan orang kesakitan, atau untuk
menundukan haiwan buas.
Oleh sebab itu, artikel kali ini kami akan membahas doa-doa tersebut untuk dapat Anda baca dan amalkan. InsyaAllah.
1.Doa Nabi Sulaiman Untuk Kekayaan
Doa Nabi Sulaiman yang pertama ini adalah doa yang dapat digunakan
untuk memohon kelancaran rezeki dan untuk kekayaan. Jika Anda saat ini
sedang mengalami kesulitan hidup, atau berharap agar kewangan Anda lebih
baik, amalkanlah doa agar rezeki lancar seperti yang terdapat dalam QS
Shaad ayat 35 berikut ini.
Latinnya: Rabbi ighfir lii wahab lii mulkan laa yanbaghii li-ahadin min ba’dii innaka anta lwahhaab.
Artinya: Ya Tuhanku, ampunilah aku dan anugerahkanlah kepadaku
kerajaan yang tidak dimiliki oleh seorang juapun sesudahku, sesungguhnya
Engkaulah Yang Maha Pemberi.
Doa tersebut dapat diamalkan setiap Anda selesai menunaikan solat
fardhu. Namun, akan lebih baik lagi bila Anda aktif menunaikan solat
Duha dan membacakan doa Nabi Sulaiman tersebut setiap hari.
Akan tetapi, semua doa tersebut harus diiringi dengan ikhtiar, usaha,
dan kerja keras Anda karena tidak mungkin kekayaan jatuh dari langit
tanpa Anda mengusahakannya sendiri. Doa adalah sekadar munajat yang
dapat melancarkan datangnya rezeki.
2.Doa Nabi Sulaiman Untuk Menundukan Haiwan dan Mengusir Jin
Seperti yang tercatat dalam sejarah kehidupannya di Al-Qur’an, Nabi
Sulaiman semasa hidupnya diberi dengan mukjizat dapat berbicara dan
mengerti bahasa haiwan dan jin.
Mukjizat Nabi Sulaiman tersebut sangat bermanfaat bagi kemudahan
syiar dan dakwahnya. Dengan mukjizat itu, semua haiwan serta semua jin
yang ada di muka bumi tunduk akan perintah beliau.
Bila Anda ingin memiliki sedikit karamah dari mukjizat Nabi Sulaiman
tersebut, amalkanlah doa berikut ini seperti yang terdapat dalam QS
An-Naml ayat 30 dan 31: doa nabi sulaiman doa penunduk haiwan, wanita,
dan jin.
Latinnya : Bismilaahir rahmoonir rohiim. Laa ta’luu ‘alayya wa’tuunii muslimiin.
Ertinya : Dengan menyebut nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha
Penyayang. Bahawa janganlah kamu berlaku sombong kepadaku, dan datanglah
kepadaku sebagai orang-orang yang berserah diri. Doa di atas dapat
dibacakan untuk mengubati orang yang kesakitan.
Bacakan doa pengusir jin tersebut di telinga kanan orang yang sakit
sambil menekan jempol kaki kanan dan kirinya, insya Alloh jin yang
menggangu dan merasuk tubuh orang tersebut akan keluar dengan
sendirinya.
Doa ini sudah banyak dibuktikan dan terbukti makbul. Oleh karana itu,
hafalkanlah. Selain untuk mengusir jin, doa Nabi sulaiman di atas juga
dapat digunakan untuk menjinakkan binatang.
Jika anda bertemu ular liar atau binatang buas lainnya sehingga anda
berada dalam bahaya, bacalah doa di atas seraya berpasrah diri kepada
Alloh. Insya Alloh, haiwan liar tersebut akan pergi dan tidak mengganggu
anda lagi.
3.Doa Nabi Sulaiman dalam Bersyukur
Kekayaan, mukjizat, dan kekuasaan yang diberikan oleh Alloh kepada
Nabi Sulaiman tidak sedikit pun mengubah keperibadiannya. Beliau selalu
memohon kepada Alloh agar dapat selalu menjaga amanat dan kudratnya
sebagai makhluk.
Beliau selalu bersyukur dan meminta agar ia tergolong orang-orang
yang pandai bersyukur. Dan kerana itulah Allah kemudian menambah
nikmat-nikmat kepadanya.
Sebagai seorang muslim, ada baiknya kita meniru sikap Nabi Sulaiman
dalam bersyukur nikmat yang diberikan Allah kepada kita. Kerana semakin
kita bersyukur, maka Allah akan semakin menambah kenikmatan dalam
kehidupan kita.
Bacalah doa nabi Sulaiman untuk bersyukur berikut ini sebagaimana
terdapat dalam QS An-Naml ayat 19. Doa Nabi Sulaiman dalam Bersyukur.
Latinnya : Rabbi awzi’nii an asykura ni’mataka latii an’amta ‘alayya
wa’alaa waalidayya wa-an a’mala shaalihan tardaahu wa-adkhilnii
birahmatika fii ‘ibaadika shshaalihiin
Ertinya : Ya Tuhanku, berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat
Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu
bapakku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau ridhai; dan
masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang
saleh.
Demikianlah beberapa doa Nabi Sulaiman yang dapat kami sampaikan di
kesempatan kali ini. Semoga dengan mengamalkan doa-doa tersebut secara
ikhlas dan berserah diri, apa yang menjadi keinginan Anda dapat
dikabulkan oleh Allah SWT. Amin Allohumma Amin.
Sumber: https://suaramedia.org/inilah-3-doa-nabi-sulaiman-kaya-raya-hingga-menjadi-raja-dunia
No comments:
Post a Comment